Bayu Lalu 1

December 10, 2008 at 12:41 am (.: Bayu Lalu :.)

Jam, renung soalan ni!

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?

Apa ertinya Jam? Kau tau ke tak..
Kau tau tak apa itu Islam, Iman, Ihsan..
Setakat tau tak cukup Jam..
Cuba la kau tenung betul betul..

Jam, dalam hidup ni yang paling penting kita kena bertenang dalam semua keadaan. Carilah ketengan jiwa..

Biar jiwa kita rasa aman dalam lindungan Tuhan..
Biar lidah kau basah dengan zikir..
Banyakkan ibadah dan kukuhkan iman Jam..

Islam mengajar umatnya hidup dalam sejahtera dan aman..
Control kau punya emosi..jaga..

Carilah sesuatu yang kau rasa paling berharga, yang paling kau nak capai..
Pasti kau rasa kau nak punya..

JAM: dalam hidup beragama, ingat hakikat ketuhanan. Ingat hakikat penghambaan.

Siapa kita Jam? Mengapa kita dilahirkan? Mengapa kita dihidupkan? Apa tujuan hidup kita?

Kemana hala tuju nya Jam…

Kau penah fikirkan ke tak semua ni?!

Apa target dalam hidup ini?

Di mana destinasi hidup kita yang terakhir..

JAM: kadangkala kita tak pasti mana satu hala tuju kita yang sebenarnya. Gunakan akal yang Allah kurniakan agar kita dapat berfikir dengan sebaik mungkin.

Ingat Jam, jiwa seseorang Muslim wajib terletak pada Tuhannya. Cari kedamaian fikiran melalui penglihatan dan renungan terhadap kebesaran Tuhan.
Nikmatilah hakikat kehidupan dalam konteks menjiwai iman dan amal.

Jam, gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin, untuk masa depan kau.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.