.:: PaiNkiLLeR ::.


Protected: .:: Melepaskan pergi ::.

This post is password protected. To view it please enter your password below:



Teh Ais Limau 49

comey65


Teh Ais Limau 48

comey75


Teh Ais Limau 47

comey6

take care k..


Teh Ais Limau 46

“Allah akan perkenankan doa kita melalui tiga cara..tau kan?”

“Macam mana tu?”

“Pertama: kita berdoa, Allah akan makbulkan permintaan kita time tu jugak. Kedua: kita berdoa, Allah akan makbulkan permintaan kita mungkin bukan sekarang, tapi suatu hari nanti yang telah ditetapkan. Ketiga: kita berdoa, Allah tak makbulkan permintaan kita, sebab Allah dah tentukan, ada yang lebih baik daripada permintaan kita tu, yang telah Dia sediakan untuk kita,”

“Mana Zin tau pasal semua ni?”

“Ada hadis..tak ingat perawi..”

“Oh.. syukran ek Zin..”

“Amar jangan putus mengharap daripada Dia tau,”


Teh Ais Limau 45

Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Ada benda yang kita tak nak, itu yang terjadi pada kita.

Kita tau jujur adalah dituntut, tapi kita sering gunakan alasan untuk tutup niat hati kita yang sebenar.

Kita kadang-kadang tak berani nak ambil risiko atas apa yang kita mahu.

Entah, aku tak tau apa aku nak tulis.

_________________________________________________________________________________________

shutdown.


Langkah pertama adalah yang utama

Tak semua yang kita hendak dalam dunia ini akan terjadi seperti apa yang kita harapkan. Kadang-kadang, apa yang berlaku adalah seratus peratus berlawanan dengan apa yang diimpikan.

..tapi selagi ada harapan dalam hati, bahawa suatu hari nanti apa yang kita impikan itu kelak akan menjadi milik kita, kita tidak boleh sama sekali berhenti daripada terus melangkah mengejar cita-cita tersebut..yakin pada Allah yang telah menentukan..

Amar Mujahid Amir Muslim 1.04am


Teh Ais Limau 44

“Abang Amar..”

“hmm..”

“Ni gambar sapa ni?”

“mana…”

“Tengoklah sini, tak tengok mana nak nampak..”

alahai adikku ini. Amar Mujahid menyelitkan penanda buku di muka surat novel yang sedang dibacanya itu. Lantas dialihkan pandangannya ke arah skrin laptop miliknya yang sedang dibelek oleh  Zinnirah.

“ni..gambar siapa ni?”

“tu ke?”

“iyelah, takkan yang ni pulak…”

sambil Zinnirah menunjukkan gambar entah siapa-siapa sedang menangis.

“ish.. kalau baby ni.. tak silap Amarlah.. gambar Zin masa umur 4 bulan,”

“biar betik…” (biar betul)

“betikla..” (betulla)

sambil dalam hati Amar ketawa terkekek-kekek. Zinnirah terus menatap gambar yang mati-mati disangkanya gambar dirinya semasa kecil itu.

ha..senyap dah. boleh aku sambung baca balik novel ni…

muka surat novel 5 Tahun 5 Bulan itu diselak kembali.

“Abang Amar tipu!”

hampir terjatuh novel di tangannya.

ish.. budak ni, apa lagi la..

“tipu apanya..”

“ni bukan gambar Zin..”

“memang la bukan..”

“tadi abang kat gambar Zin..”

“saja nak kasik ZIn perasan..”

“sengal tak habis-habis.. habis tu ni gambar siapa?”

“gambar Amar la..sapa lagi”

______________________________________________________________________________________

kredit to the real owner of  the pic :p


F.R.I.E.N.D.S


Teh Ais Limau 43

Sebulan lagi cuti summer..

“assalamualaikum.. ummi, apa khabar?”

“Waalaikumussalam..Sihat ALhamdulillah.. anak-anak ummi kat sana apa khabar?”

“Amar sihat ja mmi. Zin entahlah, sihat kot,”

“Ish kamu ni.. kamu ni kan abang. Takkan adik sendiri sihat ke tak pun kamu tak tahu..”

Lembutnya suara Ummi menegur. Rindunya.. sebulan lagi..

“Sibuk exam la sekarang, ummi.. pening tau kepala. Ummi, Amar tak nak jadi doktor boleh tak ummi?”

Puan Asma Khalila menghela nafas panjang. Bukan sekali dua dia mendengar kata-kata itu diluahkan oleh anak sulungnya itu. Sudah banyak pendapat dan nasihat dilontarkan. Yang kebiasaannya akan diakui difahami oleh Amar. Namun, persoalan yang sama juga akan dibangkitkan olehnya.

Mungkin anak aku ni ada masalah lain ni..

“Amar  ada masalah ya? Ceritalah pada kami. Ummi letak handphone on speaker ni. Ayah pun ada boleh kasik pendapat  sama..”

“hehe, tak da apa-apa lah ummi, ayah. Amar saja je cakap macam tu. Doakan Amar dan ZIn selamat di sini ya. Kirim salam pada semua. Assalamualaikum.”

Panggilan jarak jauh itu ditamatkan.

__________________________________________________________________________________________

Sebulan lagi cuti summer..

“Assalamualaikum.. Ummi!”

Zinnirah ketawa riang mendengar suara yang dirinduinya itu menyahut salam yang dilafazkan. Baru seminggu yang lalu dia menelefon ke MAlaysia, namun terasa sangat rindu dirinya akan ummi dan ayah.

Mungkin sebab musim musim exam ni kot..

“Anak ummi apa khabar?”

“anak ummi?Abang Amar ek? Dia sihat kot. Tapi sejak akhir-akhir ni ZIn tengok dia macam tension je. Banyak masalah kot,”

Zinnirah mengomel sambil mulutnya terus mengunyah keropok Krek yang dibelinya di kedai sebentar tadi. Teman sebiliknya tiada, mungkin keluar berjogging seperti kebiasaan.

“Anak ummi kan ada dua orang. Zin zin.. hmm, tapi ummi risau jugak dengan abang kamu tu. Dia ada call semalam,”

“iya? dia tak cakap pada Zin pun. dia kata apa ummi?”

“dia tak mau jadi doktor katanya. Zin, tolong ummi dengan ayah boleh?”

Bibir Zinnirah menguntum senyuman.

“nak ZIn jadi spy ek ummi? Beres! tapi kena ada upah  tau ummi?”

“pandai.. baik, nanti balik Malaysia ummi masak apa ja yang kamu nak,”

“Yea! sayang ummi! k nanti Zin report kat ummi ek,”

“tiket kapal terbang semua dah beli?”

“tak dalah sampai beli semua ummi, abang Amar kata dia beli dua je untuk Zin dengan dia…”

Puan Asmah Khalila ketawa. Haih, macam macam la budak budak ni. Sorang nampak macam sedih, sorang tak pernah letih dengan loyar buruknya. Apa-apalah, semoga kalian berdua di sana selamat sejahtera dan selamat kembali.

___________________________________________________________________________________________

“Abang Amar!”

Amar Mujahid baru sahaja usai mengikat tali kasut. Dia berura-ura untuk pergi bermain futsal bersama rakan-rakan di hadapan hostel.

Apa la budak ni nak ni..

“Ada apa Zin?”

Zinnirah berlari-lari anak ke aarah abangnya itu. Hmm, cantik, dia dah siap-siap pakai baju jogging.

“jom g  jalan-jalan kat park,”

“malaslah, orang nak pergi main bola,”

“jom la..”

alahai budak ni, buat muka cute ala ala Puss in Boots dalam cerita Shrek pulak.

“tak mau.. g la ajak kawan kawan ZIn..”

“ok, fine. Zin ajak si Azroy ok gak ni..”

eleh, nak ugut orang konon. buat selamba.

eeii..kejam punya abang. dia buat bodoh je aku kata nak keluar dengan buaya tembaga. ish, sah sahla dia tau aku takkan sanggup keluar dengan si Azroy tu.

“abang Amar…ZIn nak makan gula-gula kapas…”

adoila adikku ini…

“jom..jap Amar ambik wallet,”


Hazreen la punya pasal ni

1) Anda rasa anda hot?

Kalau kurus sikit hot rasanya.. :) )

2) Upload gambar kegemaran anda?

pesona ayah

pesona ayah

3) Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab ni aku buat masa aku mula mula batak nak belajar HDR.

4) Bila kali terakhir makan pizza?

bulan lepas.

5) Lagu terakhir yang anda dengar?

Lucky: Jason Marz. Atas beberapa sebab yang tertentu, aku jadikan lagu ni sebagai lagu favourite dalam Ipod aku.

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Main Utopia.

7) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

Tak kisah sangat.

8) Tag lagi 5 orang?

i) Jem

ii) Nasrullah <– tak tau mamat ni ada blog ke tak.. kalau tak da boleh suruh dia buat.

iii) Sarah Fazalul

iv) Nasuha

v) cukuplah tu..

9) Siapa no. 1 pada anda?

Jem? anak buah main teka-teki. dulu dulu dia suka baca blog aku ni, tapi disebabkan aku dah lama tak update, maybe dia dah lupa.

10) Orang no. 3 ada hubungan dgn sesiapa?

Entah le… kau dah ada ke Sarah?

11) Kata sesuatu mengenai org no. 5?

haha tak da orang.

12) Bagaimana pula orang no. 2?

hehe.. buat blog la pulak lepas ni.. flickr dah, facebook dah..

13) Pesanan kpd no. 4?

terimakasih Suha atas segala bantuan yang anda berikan dalam menggerakkan persatuan-persatuan kita di sini..

Ha amek kau Hazreen, tag aku lagi. aku pun dengan bangganya menjawabla tugasan ini degan ikhlasnya. FYI, ini tag pertama aku buat dalam hidup aku.